Monday, 18 April 2011

kenape awk buat sy mcm ni ?

awk g mne ?
awk tak tawu ke sy tgu awk ?
sy cl awk byk kli , knp x angkt ?
awk ingt sy ape ?
sy abes stdy , sy tros cl awk .
mne awk g ?
knp awk buat sy mcm ni ?
awk x phm perasaan sy ke ?
knp awk ?
sy sdey laa .
tp awk , njoy ngn kwn2 awk men ftsl .
ade awk pk sy ?
agak2 laa kalau nk men ponn .
ni awk tipuu sy .
awk ckp nk brsh kn padang ngn salim , patoo awk swo sy mcg awk ps sy abes stdy .
tp sy cl , awk x angkt .
awk g mne ??
knp awk brubh sharull ?
cukopp la mak awk x suke sy .
awk ponn da x nk sayang sy ag ?
tross terang je laa wak .
sy mntk maaf lau selame kite bkwn , sy byk mnyusah kan awk .
sy tak tawu nk cakap ape lg .
aer mate x hnti2 mngalir selame sy nk post blog ni .
bye .
hope awk bahagie ngn dye , lau btol awk da ade pengganti saye .

Friday, 1 April 2011

AKU TAK LAYAK UNTUK KAU SAYANG !

 aku lembab aku slow ! .

  • aku nak cantik pon utk sape ?
  • aku pky mkeup utk sape ?
  • aku blaja utk sape ?
  • aku nk slalu perfect , utk sape ?

SEMUA UNTUK KAU !

kau pena pk x sume tuu ?
kau anggap aku ape ahh ?
aku tawuu , akuu sedarr , aku memang BANYAK menyusah kan kau .
kau memang LAYAK tinggal kan aku .

aku cume nk kau tahu , BAHAWA
  • hari ni , 1 april , aku sangat kecewa dgn sikap kau .
  • aku sedih gele dgn perangai kau .
  • aku tak tawu ape sbb kau buat aku mcm ni .
  • aku x abes pk knp kau buat aku mcm ni .

KENAPA !
knp bru skrg kau nak berubah ?
knp x dari dulu ?
knp x dr sblum kite cpl ?

TUHAN , DUGAAN APA LAGI KAU BERI KEPADA HAMBA MU INI .
SESUNGGUH NYA AKU MEMAHAMI BAHAWA KAU TAK KAN MEMBERI DUGAAN YANG HAMBA MU TAK MAMPU UNTUK TANGGUNGI .

TUHAN , ADAKAH INI DUGAAN DALAM HUBUNGAN KAMI ?
TUHAN , ADAKAH INI PETANDA BAHAWA DIA BUKAN UNTUK KU ?
TUHAN , ADAKAH INI PENGAJARAN DALAM HUBUNGAN KAMI ?
TUHAN , ADAKAH INI ALAMAT BAHAWA JODOH KAMI TAK PANJANG ?


APA ERTI SEMUA INI ?


aku letih Ya Allah .
aku letih hadapi semua ini setiap hari .
aku penadd .
aku . . . . . . . . . . . . . . . . . .

SAYANG VS CINTA

1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akan
berdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita
suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim
sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita
suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang
kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat
ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan
tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi
malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan
tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk
berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.


6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita
cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn
turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka
bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti
menyukai seseorang yang kita suka umpama kita
membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata
cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang
hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.



---------------------------------------------------------------------


Cinta, Sayang, Minat Dan Suka



Cinta - Kita memang mengharapkan dia menjadi milik kita. Segala apa yang kita buat, kalau buleh nak dia tahu.. dan kita sebuleh mungkin tak nak sakitkan hati dia. kita akan sentiasa berfikir tentang dirinya. (dalam erti lain : cinta di tujukan kepada seseorang yg kita selalu ingat dan mimpi.. Tanpanya kita akan rasa sunyi dan kita cintakan sepenuh jiwa dengan hati yg ikhlas kepadanya walaupun dia buat tak tau je)

Sayang - Kita memerlukan dia di masa kita mahukan seseorang untuk berkongsi rahsia dan kisah duka kita. selalunya kita akan sayangkan seseorang yang menjadi TELINGA kepada masalah kita. (dalam erti lain : sayang di tujukan kepada seseorang yang boleh membuangkan masa dia untuk mendengar dan memeningkan kepalanya dgn masalah kita dan kita jugak boleh menyakitkan hati dia kerana kita bukannya cinta kepadanya)

Suka - Kita sukakan dia kerana dia kelakar. Dia happy-go-lucky. Bila bersama dengan dia, kita rasa nak tergelak sampai nak pecah perut. Tapi, kita taklah rindu sangat kat dia bila tak berjumpa seminggu…(dalam erti lain : suka di tujukan kepada seseorang yang boleh menjadi pelawak kepada kita. Kita akan suruh dia diam sekirangnya tank kita dah nak pecah…)

Minat - Apa sesuatu pada dirinya yang menarik kita untuk mendekatinya.(dalam erti lain : minat ditujukan kepada seseorang yang ada sifat, peribadi atau barang yang kita mahukan… )

Tetapi kita kena ingat bahawa TANPA minat , suka dan sayang kita tidak akan CINTA pada seseorang itu.



----------------------------------------------------------------------


Dimanakah Cinta...??!


MUNGKIN ANTARA KITA YANG PERNAH TERBACA KISAH NI..
KISAH YANG BANYAK PENGAJARAN
ADA KEBENARAN YANG TERSEMBUNYI..
HAYATI…

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka…

Isteri: Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami: Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri: Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami: Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri: Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata


“Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!”

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi. NAMUN begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.




Surat tersebut berbunyi begini:




“Sayang!

Jika disebabkan suara aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu…sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu… sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu…. sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.

Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu… ia boleh dirasai dalam hati.” 

APRIL FOOL . perlu ke ?

Banyak orang kita terutamanya yang beragama Islam sekarang ni bila tiba 1 April, ada saja benda nakal nak dibuat untuk mengenakan orang. Kononnya 1 April ialah April Fools' Day. Dan kononnya juga hari ni adalah hari yang diperuntukkan untuk membuat perkara-perkara nakal.

Kepada korang yang fikir macam tu, kepala hotak ko aku nak cakap! Korang tu yang "fool". Korang tau tak sejarah di sebalik "hari bengong' ni? Kalau tak tahu, meh aku bagitau supaya korang tau apa sebabnya kita tak boleh sambut April Fool.

Sebenarnya, April Fool ni mula disambut sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Kerajaan Islam sebenarnya dah berkurun bertapak kat Granada, Sepanyol, tapi akhirnya runtuh diserang tentera Kristian. Jadi lepas kejatuhan kerajaan Islam itu, maka penduduk Islam di Sepanyol terpaksa la berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.

Tapi, tentera Kristian masih berasa tak puas hati sebab masih ada lagi saki-baki orang Islam di sana, lalu diorang pun berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam di Sepanyol melalui taktik kotor.

Penduduk Islam di sana diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar meninggalkan Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di pelabuhan. mendengarkan tawaran yang agak menarik itu, maka orang Islam yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi sendiri ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka pun membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya iaitu pada 1 April, mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke pelabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tak sempat untuk menaiki kapal kerana semua kapal telah musnah dibakar sejak awal lagi. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya; lelaki, perempuan, malahan kanak-kanak! Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian dengan gembiranya atas kejayaan taktik kotor mereka.

Sejak hari tu, bukan setakat Sepanyol, tapi seluruh dunia merayakan hari itu sebagai April Fool. Yang menyedihkan, ada juga orang-orang Islam meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya MERAYAKAN ULANG TAHUN PEMBUNUHAN BERAMAI-RAMAI SAUDARA SE-ISLAM MEREKA SENDIRI!

Jadi sebagai pesanan akhir, 
"Tolong jangan sambut April Fool!